Hukum Pemakaian Inai
Dari segi
bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau
jari. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut
adalah hukum pemakaian henna, bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan
mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu.
Mazhab Hambali
menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau
diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka
dengan henna kecuali di bahagian kepala.
Manakala mazhab
Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai henna pada
mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walau
bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau
darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian
suaminya pula dilarang memakai inai.
Imam An-Nawawi Rh
dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan
dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita yang telah
bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Berdasarkan
mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas
mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini
diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa
Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai
sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna
kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam
Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam
At-Tamheed)
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita
mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat
kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda
bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan."
Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda:
"Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna
(inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Abu Hurairah
r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan
tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan
kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai
wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman,
dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu
mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak dibunuh?"
Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang
bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)
Tiga
hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan
kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah
untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah
haram.
Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan
Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan
adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula
hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
perempuan yang menyerupai lelaki.
Wallahua'alam.
Rujukan;Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.
Source : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak
Lets talk about henna, a little bit of motherhood, add up some fashion, well don't forget useful tips and no.. let's just talk about everything!
Tuesday, April 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My instagram
Popular Posts
-
Okay. This time I'm gonna write about three types of henna paste. No1: GOLECHA HENNA CONE ~Where to get: So far I couldnt find them ...
-
Hi. I really really want to share with you guys regarding this henna paste in tube i bought recently at Mydin Masjid India, Kuala Lumpur. I ...
-
Lebih kurang macam inaI Scha. Tapi Scha punya design lawa lagi la. Syg betul inai hujung jari tidak terang. :)
No comments:
Post a Comment