Hukum pemakaian inai bercorak mengikut Syarak
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan
Source : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hukum Pemakaian Inai
Dari segi
 bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau 
jari. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut 
adalah hukum pemakaian henna, bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan 
mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu.
Mazhab Hambali 
menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau 
diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka 
dengan henna kecuali di bahagian kepala.
Manakala mazhab 
Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai henna pada
 mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walau 
bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau 
darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian 
suaminya pula dilarang memakai inai.
Imam An-Nawawi Rh 
dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan
 dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita yang telah 
bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Berdasarkan
 mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas 
mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini
 diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa 
Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai 
sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna 
kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam 
Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam 
At-Tamheed)
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita
 mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat 
kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda 
bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." 
Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda: 
"Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna 
(inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Abu Hurairah 
r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan 
tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan 
kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai 
wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, 
dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu
 mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak dibunuh?" 
Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang 
bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)
Tiga
 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan
 kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah 
untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah 
haram.
Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan 
Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan 
adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula 
hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan 
perempuan yang menyerupai lelaki.
Wallahua'alam.
 Rujukan;Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.
Lets talk about henna, a little bit of motherhood, add up some fashion, well don't forget useful tips and no.. let's just talk about everything!
Subscribe to:
Comments (Atom)
My instagram
Popular Posts
- 
Okay. This time I'm gonna write about three types of henna paste. No1: GOLECHA HENNA CONE ~Where to get: So far I couldnt find them ...
 - 
Hi. I really really want to share with you guys regarding this henna paste in tube i bought recently at Mydin Masjid India, Kuala Lumpur. I ...
 - 
Lebih kurang macam inaI Scha. Tapi Scha punya design lawa lagi la. Syg betul inai hujung jari tidak terang. :)
 
No comments:
Post a Comment