Tuesday, April 30, 2013

Hukum Pemakaian Inai

Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau jari. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna, bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu.

Mazhab Hambali menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka dengan henna kecuali di bahagian kepala.

Manakala mazhab Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai henna pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walau bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya pula dilarang memakai inai.

Imam An-Nawawi Rh dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Berdasarkan mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

Tiga hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Wallahua'alam.
 Rujukan;Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.

Source : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak


Design to choose


Design 1

Design 2

Design 2
 
Design 3

Design 4

Design 5

Design 6

Design 7

Design 8

Design 9

Design 10

Design 11

Design 12

Design 13

Design 14

Design 15

Design 16

Design 17

Design 18

Design 19

Design 20

Design 21

Design 22

Design 23

Design 24

Design 25

Design 26

Design 27

Design 28

Friday, April 26, 2013

Henna for Esther at sapangar bay

Semalam sempat buatkan henna tattoo for my collegue di sabah ports. She is an assistant manager of public relations, she love my artwork and says she wants to do it again next week. but i think henna on her hands will still there until next week. :D







Wednesday, April 24, 2013

Henna service area Sabah only. :)

Kenapa ramai yang mau book henna, berjantina lelaki ye...? Takut pula saya. Not only 1 guy.. Sampai ada yang offer support tambang dan tempat tinggal di terengganu. He say he loves my artwork. Unfortunately, I only do around Sabah.. Tidak terfikir pula sampai semenanjung. Someday...hmmm..someday. :)

Monday, April 22, 2013

Preparing speech for toast master

Hi, hari ni saya prepare ice breaker speech for Toast master meeting this friday. I'm quite nervous on it. And I don't think I can't do it. I blum inform my Toast Master of the day that i am going to deliver my speech dis friday cause I still have no guts to do a speech.

I'm dead.

T_T

Saturday, April 20, 2013

Its me again

Hari ni ada lagi orang nak beli henna dr saya. Mcm yang kawan saya cakap, saya ni tidak pandai bisnes, semua pun bg harga supplier.

Bukan apa, I feel bad charge orang mahal2. Entah la kenapa. Charge buat henna pun murah. Bukan apa, henna ni hobby je, asal dapat melepas geram dan dapat cover balik harga henna, ok la tu.

Husband baru jalan p kerja, banyak juga kerja nak dibuat ni. Tata.

:)

*launching 5s semalam


Friday, April 19, 2013

Hari jumaat lagi...!! ^_^

I love friday, sebab lunch time lama pastu mesti ramai yang nak minta buat henna tym lunch time. Tapi hari ni semua bz sikit sebab nak buat preparation untuk 5s nnt petang. So sempat buat henna dua design je. :)

Kali ni try colourful henna plak. 

Belum kering, nampak gelap.

Simplicity orang bilanggg. :)


The output. Hope u guys like it.


Nampak background? Kami di opis tau. Hihihi



Yang ni akan bertahan sampai seminggu klu tidak gosok.

 
My hand :)


Trying new design.



The output. Mcm tribal skit kan.

 







Thursday, April 18, 2013

My instagram

Popular Posts